KENAPA PERLU KITAR SEMULA ?
Kalau kita
perhatikan di Malaysia terdapat banyak tong sampah yang berbeza warna dan telah
dikategorikan mengikut jenis masing-masing tetapi kita masih tidak
menghiraukannya dan membuang sampah ikut sesuka hati. Kalau di rumah, sampah
akan dicampurkan sekali tidak kira ia mengandungi sisa pepejal, cecair, botol,
kaca, plastik dan sebagainya. Sisa cecair yang telah bercampur dengan pelbagai
sisa pepejal, sisa berbahaya dan air hujan serta takungan air di tapak
pelupusan sampah akan menghasilkan air larut resapan atau dikenali sebagai leachate.
Penghasilan air larut resapan dari tapak pelupusan sampah merupakan satu masalah persekitaran yang sangat penting. Air larut resapan merupakan air sisa yang mengandungi kepekatan bahan organik, nutrien dan logam berat (Qasim dan Chiang, 1994). Aspek persekitaran utaman dalam air larut resapan ialah kesan terhadap kualiti air di permukaan dan kualiti air bawah tanah kerana air larut resapan boleh menyebabkan kotoran sampah dan mencemarkan air di permukaan dan bawah tanah. Bahaya kan?

Tahukah
anda, purata setiap penduduk bandar di Malaysia menyumbang sekurang-kuranya 1.5
kilogram pembuangan sampah setiap hari, berbanding 0.8 kilogram bagi penduduk
luar bandar. Berdasarkan kepada statistik yang dikeluarkan, ini bermakna di
bandar-bandar nesar di negara kita kadar pembuangan sampah mencecah 18,000 tan
metrik sehari! Dan kadar ini terus meningkat dari tahun ke tahun. Hingga ke
saat ini, mungkin kita masih terselamat daripada malapetaka yang telah menimpa
saudara kita seperti di Leuwigajah, tetapi kesan daripada sika degil, sambil
lewa dan menganggap sampah tanggungjawab orang lain telah mengundang
setidak-tidaknya satu kesan buruk yang serius iaitu masalah kesihatan.
Jadi, mari kita mula kitar semula untuk mengelakkan pelbagai jenis pencemaran seperti pencemaran udara, bau, sungai dan dapat mengurangkan penggunaan sumber baru seperti penggunaan kulit kayu untuk menghasilkan kertas.